Media Pengajaran

Media Pengajaran

Tajuk ini mengandungi konsep media dan media pengajaran yang merupakan
salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan
pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan
dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi.

HASIL PEMBELAJARAN

  1. Menjelaskan konsep media dan media pengajaran.
  2. Merumuskan fungsi media pengajaran.
  3. Menyatakan pengkelasan media pengajaran.
  4. Menganalisis faktor dan cara permilihan media pengajaran.
  5. Menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

Subtajuk:

  • Konsep Media Pengajaran
  • Jenis-jenis dan klasifikasi media
  • Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran

KONSEP MEDIA PENGAJARAN

RENUNGAN

  • Apakah media pengajaran?
  • Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses P&P?
  • Bagaimana media boleh diklasifikasikan?
  • Apakah fungsi media pengajaran?
  • Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih media pengajaran?
  • Apakah langkah-langkah yang perlu di dalam menyediakan bahan media pengajaran?

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

FIKIR-FIKIR

Nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaran
Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar:
(a) Sains mengenai rupa atom;
(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan:
(c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan
(d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia?

JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA

Media boleh dibezakan melalui:
a. Bentuk fizikal atau format
b. Atribut atau ciri

Media pengajaran terbahagai kepada dua:
a. Media Cetak
b. Media bukan cetak

Pengkelasan Media
1. Media Tayang Kaku contoh: transparensi, slaid dan mikrofilem
2. Media Tayang Bergerak contoh: pita video, cakera padat digital dan filem
3. Bahan Grafik contoh: lukisan, poster, kartun, carta dan graf
4. Gambar kaku gambar contoh: foto, kad imbasan dan poskad
5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi contoh: model, boneka, diorama dan pupet
6. Papan Paparan/Pameran contoh: papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin
7. Media Audio contoh: pita kaset, cakera padat dan komputer
8. Media Cetak contoh: modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RENUNGAN

  • Apakah fungsi media di dalam proses P&P?
  • Bagaimanakah media dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses P&P?
  • Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan.
  • Pengalaman pembelajaran seharusnya daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.

Antara fungsi media pengajaran ialah:

(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej
Anggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera

Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:
(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.
(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem,
gambar foto mahupun secara lisan.
(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam
bentuk model, gambar rajah, dll.
(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi
Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi
sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan
kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

FIKIR-FIKIR

Anda adalah seorang guru di sebuah sekolah. Penggunaan Media Pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses P&P.
i. Terangkan maksud media pengajaran
ii. Nyatakan pengkelasan media pengajaran
iii. Nyatakan kelebihan penggunaan media pengajaran
Langkah-langkah membina media pengajaran haruslah mengandungi aspek
berikut;

Analisis
o Keperluan
o Kandungan Topik
o Pelajar -Hasilan pembelajaran
o Objektif.

Pemilihan Bahan
o Jenis Media
o Ciri Media
o Kesesuaian

Reka bentuk
o Media
o Proses pengintegrasian dalam P&P
o Rancangkan penglibatan pelajar.

Pembinaan
o Pengguaan perkakasan, peralatan dan perisian
o Penerbitan.

Pelaksanaan
o Penggunaan dalam P&P

Penilaian
o Semak perancangan anda.
o Maklumbalas sebelum pelaksanaan
o Maklumbalas semasa pelaksanaan
o Maklumbalas selepas pelaksanaan

FIKIR-FIKIR
a)Bincangkan apa yang dimaksudkan media pengajaran?,b) Nyatakan ciri-ciri dan jenis-jenis media pengajaran.
c) Bincangkan apakah kesan dan kepentingan media pengajaran dalam proses P&P.
d) Dengan menggunakan persembahan elektronik atau perisian yang sesuai bina carta atau pengurusan grafik yang sesuai untuk menunjukkan klasifikasi media pengajaran.

REFLEKSI

  1. Apakah yang kita faham tentang media pengajaran?
  2. Apakah perbezaan antara “teknologi pengajaran” berbanding dengan “media pengajaran” ?
  3. Apakah perbezaan antara media pengajaran dengan sumber pengajaran?

Ingat:
Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam
portfolio anda.

LATIHAN

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan media?
  2. Apakah fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran?
  3. Terdapat pelbagai jenis media yang boleh membantu guru-guru dalam melaksanakan pengajaran di bilik darjah. Jelaskan klasifikasi tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
  4. Anda telah melalui pelbagai pengalaman sebagai pelajar di sekolah. Berdasarkan pengalaman anda buat penilaian dan refleksi tentang perbezaan pembelajaran melalui penggunaan pelbagai media dengan pembelajaran tanpa penggunaan media.
  5. Bagaimana media mampu membantu masyarakat menjadi masyarakat yang berpendidikan.
  6. Apakah perbezaan antara media dengan media dalam pengajaran?

LATIHAN LANJUTAN

  1. Dalam pengkelasan media pengajaran, Edgar Dale (1946) telah membina “Kon Pengalaman Dale”. Apakah yang dimaksudkan dengan “Kon Pengalaman Dale”? Apakah pula pendapat Brunner (1966) mengenai kon yang sama?
  2. Lukiskan 1 carta aliran (langkah-langkah) penyediaan media pengajaran.

Bibliografi

Mohd Jizat Abdol,Abdul Razak Idris dan  Jessnor Elmy (2006). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran.UTM.

Ngui Kuan Sang.(1989).Teknologi Pendidikan: Penggunaannya dalam pengajaran Geografi, Fajar Bakti.Kuala Lumpur.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain.(2009).Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Puchong.Penerbitan Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Shah Alam. Oxford Fajar.

Prcival , H.T., Ellington,H.I. dan race,P.,(1993).Handbook of Educational Technology. edisi ke-3.Kogan Page.London.

Smaldino,S.,Russell,J.,Heinnich, R,& Molenda, M.,(2005). Instructional Technology and Media for Learning, edisi ke-8.Pearson Prentice Hall. New York.

Wah Wan Ali et al.(2008). HBEM3103. PrinsipmTeknologi Pengajaran.OUM.Kuala Lumpur.

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *