Model Gagne

Model  Gagne

Robert Mills Gagne  lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Beliau meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966). Selain itu, ia menjawat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).

Pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan industri. Gagne dan Briggs LJ termasuk di antara para perintis awal konsep desain sistem pembelajaran yang menunjukkan bahawa semua bahagian dari suatu pelajaran atau suatu tempoh arahan boleh dianalisis dan bahawa semua bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama sebagai rancangan bersepadu untuk arahan.Dalam sebuah rencana yang signifikan bertajuk “Pendidikan Teknologi dan Proses Belajar” (Pendidikan Peneliti, 1974), Arahan Gagne  ditakrifkan sebagai “Rangkaian kegiatan yang dirancang luaran yang mempengaruhi proses belajar dan dengan demikian meningkatkan pembelajaran.”

Teori Pembelajaran Gagne

Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:

(a)Pembelajaran Isyarat

Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumahdengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, “Selamatsejahtera, cikgu!”. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

b)Pembelajaran Gerak Balas

Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengangerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, “Bagus, Ali pandai !”.Ali akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.

(c)Pembelajaran Rangkaian Motor

Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

d)Pembelajaran Pertalian Bahasa

Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

(e)Pembelajaran Diskriminasi

Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f)Pembelajaran Konsep

Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentukkonsepyang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

(g)Pembelajaran Hukum

Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

    Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin 1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam rajah dibawah:

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

  •  Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripadayang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatukemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiranasas yang perlu untuk pelajaran baru.

  • Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru merancangpengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasapengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

A

Model ADDIE

MODEL ADDIE

Pengenalan

Sememangnya semua manusia sentiasa berada dalam proses pembelajaran, hatta bermula daripada janin yang berada di dalam kandungan ibunya. Seseorang individu belajar untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Menurut Sulaiman (2004), pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh seseorang melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan. Ia seterusnya membawa perubahan kognitif dan tingkah laku secara kekal.

Sehubungan dengan itu, pembelajaran boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam kehidupan seseorang individu. Namun begitu, bagaimana seseorang individu itu belajar? Sifat semula jadi manusia yang sentiasa ingin tahu menggalakkan mereka mencari jawapan berkenaan dengan hal ini. Juga, terdapat individu yang berusaha untuk membuat kajian tentang sifat-sifat proses pembelajaran. Atas usaha individu-individu tersebut, terdapat kajian yang telah berjaya menghasilkan teori pembelajaran yang masih digunapakai di dalam bilik darjah sehingga ke hari ini.

Reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan sescara sistematik dan terancang  Dick dan Reiser (1988). Reka bentuk pengajaran boleh dikaitkan dengan pembinaan pengajaran. Konsep reka bentuk pengajaran ialah sebagai satu proses untuk membina bahan pengajaran dan bahan multimedia.

fOTO ADDIE

 

Enam perkara asas dalam model Reka Bentuk Pengajaran:
1.    Menentukan keperluan murid
2.    Menentukan matlamat dan objektif
3.    Membina prosedur penilaian
4.    Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
5.    Mencuba sistem pengajaran
6.    Menilai keseluruhan sistem

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti meningkatkan pencapaian pelajar, menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur, memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai, membantu dalam proses membuat keputusan, menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai, dan akhirnya menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

Model Rekabentuk Pengajaran 

Model rekabentuk pengajaran merupakan garis panduan ataupun satu set strategi yang menjadi dasar pendekatan pengajaran untuk seseorang pengajar. Ia membekalkan struktur secara langkah demi langkah “how to practice” dan “how to conduct“.

Terdapat pelbagai model pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah. Umumnya model-model ini boleh dikategorikan dalam tiga kumpulan berikut:
·         Model berorientasikan bilik darjah – Model ASSURE
·         Model berorientasikan produk – Model ADDIE
·         Model berorientasikan sistem – Model Dick & Carey
Di antara kelebihan penggunaan model pengajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah:
• dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai.
• menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.
• membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajan.  

MODEL ADDIE

 
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan model rekabentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan.

Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk pengajaran yang lain. Model ADDIE merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan.

Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:

  • A(Analysis)             – Analisis
  • D(Design)               – Rekabentuk
  • D(Development)      – Pembangunan
  • I(Implementation)    – Pelaksanaan
  • E(Evaluation)           – Penilaian

Fasa Analisis (Analysis)
Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau yang menimbul masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antaranya:

i.  analisis terhadap pengguna,
ii.  analisis  terhadap persekitaraan pembelajaran,
iii. kenalpasti matlamat pengajaran.

Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :
a)    Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
b)    Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?
c)    Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
d)    Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
e)    Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran. Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk.

Fasa Rekabentuk (Design)
Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses:

i.   Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.
ii.  Pembinaan item-item untuk ujian.
iii. Pemilihan strategi pengajaran.

Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran.

Fasa Pembangunan (Development)
Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.

Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan, langkah pengajaran serta  media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan. Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

Fasa Perlaksanaan (Implementation)
Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

Fasa Penilaian (Evaluation)
Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya.

Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif biasanya  berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

 

Model ASSURE

MODEL PEMBELAJARAN ASSURE ( Menciptakan Pengalaman Belajar )

A. Definisi Model ASSURE

ASSURE model adalah salah satu petunjuk dan perencanaan yang bisa membantu untuk bagaimana cara merencanakan, mengidentifikasi, menentukan tujuan, memilih metode dan bahan, serta evaluasi.

Model assure ini merupakan rujukan bagi pendidik dalam membelajarkan peserta didik dalam pembelajaran yang direncanakan dan disusun secara sistematis dengan mengintegrasikan teknologi dan media sehingga pembelajaran menjadi lebih efektif dan  bermakna bagi peserta didik.

Pembelajaran dengan menggunakan ASSURE Model  mempunyai beberapa tahapan yang dapat membantu terwujudnya pembelajaran yang efektif dan bermakan bagi peserta didik.

  1. A.  TAHAPAN TAHAPAN MODEL ASSURE

Tahapan tersebut menurut Smaldino merupakan penjabaran dari ASSURE Model, adalah sebagai berikut:

foto assure

1.    ANALYZE LEARNER  (Analisis Pembelajar)

Tujuan utama dalam menganalisa termasuk pendidik dapat menemui kebutuhan belajar siswa yang urgen sehingga mereka mampu mendapatkan tingkatan pengetahuan dalam pembelajaran secara maksimal. Analisis pembelajar meliputi tiga faktor kunci dari diri pembelajar yang meliputi :

a)       General Characteristics (Karakteristik Umum)

Karakteristik umum siswa dapat ditemukan melalui variable yang konstan, seperti, jenis kelamin, umur, tingkat perkembangan, budaya dan faktor sosial ekonomi serta etnik. Semua variabel konstan tersebut, menjadi patokan dalam merumuskan strategi dan media yang tepat dalam menyampaikan bahan pelajaran.

b)     Specific Entry Competencies ( Mendiagnosis kemampuan awal pembelajar)

Penelitian yang terbaru menunjukkan bahwa pengetahuan awal siswa merupakan sebuah subyek patokan yang berpengaruh dalam bagaimana dan apa yang dapat mereka pelajari lebih banyak sesuai dengan perkembangan psikologi siswa (Smaldino dari Dick,carey& carey,2001). Hal ini akan memudahkan dalam merancang suatu pembelajaran agar penyamapain materi pelajaran dapat diserap dengan optimal oleh peserta didik sesuai dengan kemampuan yang dimilikinya.

c)      Learning Style (Gaya Belajar)

Gaya belajar yang dimiliki setiap pembelajar berbeda-beda dan mengantarkan peserta didik dalam pemaknaan pengetahuan termasuk di dalamnya interaksi dengan dan merespon dengan emosi ketertarikan terhadap pembelajaran. Terdapat tiga macam gaya belajar yang dimiliki peserta didik, yaitu: 1. Gaya belajar visual (melihat) yaitu dengan lebih banyak melihat seperti membaca 2. Gaya belajar audio (mendengarkan), yaitu belajar akan lebih bermakna oleh peserta didik jika pelajarannya tersebut didengarkan dengan serius, 3. Gaya belajar kinestetik (melakukan), yaitu pelajaran akan lebih mudah dipahami oleh peserta didik jika dia sudah mempraktekkan sendiri.

 

2. STATE STANDARDS AND OBJECTIVES (Menentukan Standard Dan Tujuan)

Tahap selanjutnya dalam ASSURE model adalah merumuskan tujuan dan standar. Dengan demikian diharapkan peserta didik dapat memperoleh suatu kemampuan dan kompetensi tertentu dari pembelajaran. Dalam merumuskan tujuan dan standar pembelajaran perlu memperhatikan dasar dari strategi, media dan pemilihan media yang tepat.

a)      Pentingnya Merumuskan Tujuan dan Standar dalam Pembelajaran

Dasar dalam penilaian pembelajaran ini menujukkan pengetahuan dan kompetensi seperti apa yang nantinya akan dikuasai oleh peserta didik. Selain itu juga menjadi dasar dalam pembelajaran siswa yang lebih bermakna. Sehingga sebelumnya peserta didik dapat mempersiapkan diri dalam partisipasi dan keaktifannya dalam pembelajaran.

Ada beberapa alasan mengapa tujuan perlu dirumuskan dalam merancang suatu program pembelajaran seperti yang dijelaskan oleh Wina Sanjaya (2008 : 122-123) berikut ini :

  1. Rumusan tujuan yang jelas dapat digunakan untuk mengevaluasi efektifitas keberhasilan proses pembelajaran.
  2. Tujuan pembelajaran dapat digunakan sebagai pedoman dan panduan kegiatan belajar siswa
  3. Tujuan pembelajaran dapat membantu dalam mendesain sistem pembelajaran
  4. Tujuan pembelajaran dapat digunakan sebagai kontrol dalam menentukan batas-batas dan kualitas pembelajaran.

b)     Tujuan Pembelajaran yang Berbasis ABCD

Menurut Smaldino,dkk.,setiap rumusan tujuan pembelajaran ini haruslah lengkap. Kejelasan dan kelengkapan ini sangat membantu dalam menentukan model belajar, pemanfaatan media dan sumber belajar berikut asesmen dalam KBM.  Rumusan baku ABCD tadi dijabarkan sebagai berikut:

  • A = audience

Pebelajar atau peserta didik dengan segala karakterisktiknya. Siapa pun peserta didik, apa pun latar belakangnya, jenjang belajarnya, serta kemampuan prasyaratnya sebaiknya jelas dan rinci.

  • B = behavior

Perilaku belajar yang dikembangkan dalam pembelajaran. Perlaku belajar mewakili kompetensi, tercermin dalam penggunaan kata kerja. Kata kerja yang digunakan biasanya kata kerja yang terukur dan dapat diamati.

  • C = conditions

Situasi kondisi atau lingkungan yang memungkinkan bagi pebelajar dapat belajar dengan baik. Penggunaan media dan metode serta sumber belajar menjadi bagian dari kondisi belajar ini. Kondisi ini sebenarnya menunjuk pada istilah strategi pembelajaran tertentu yang diterapkan selama proses belajar mengajar berlangsung.

  • D = degree

Persyaratan khusus atau kriteria yang dirumuskan sebagai dibaku sebagai bukti bahwa pencapaian tujuan pembelajaran dan proses belajar berhasil. Kriteria ini dapat dinyatakan dalam presentase benar (%), menggunakan kata-kata seperti tepat/benar, waktu yang harus dipenuhi, kelengkapan persyaratan yang dianggap dapat mengukur pencapaian kompetensi. Ada empat kategori pembelajaran.

1. Domain Kognitif

Domain kognitif, belajar melibatkan berbagai kemampuan intelektual yang dapat diklasifikasikan baik sebagai verbal / informasi visual atau sebagai ketrampilan intelektual.

2. Domain Afektif

Dalam domain afektif, pembelajaran melibatkan perasaan dan nilai-nilai.

3. Motor Domain Skill

Dalam domain ketrampilan motorik, pembelajaran melibatkan atletik, manual, dan ketrampilan seperti fisik.

4. Domain Interpersonal

Belajar melibatkan interaksi dengan orang-orang.

c)      Tujuan Pembelajaran dan Perbedaan Individu

Berkaitan dengan kemampuan individu dalam menuntaskan atau memahami sebuah materi yang diberikan. Individu yang tidak memiliki kesulitan belajar dengan yang memiliki kesulitan belajar pasti memiliki waktu ketuntasan terhadap materi yang berbeda. Untuk mengatasi hal tersebut, maka timbullah mastery learning (kecepatan dalam menuntaskan materi tergantung dengan kemampuan yang dimiliki tiap individu.

3.  SELECT STRATEGIES, TECHNOLOGY, MEDIA, AND MATERIALS (Memilih, Strategi, Teknologi, Media dan Bahan ajar)

Langkah selanjutnya dalam membuat pembelajaran yang efektif adalah mendukung pemblajaran dengan menggunakan teknologi dan media dalam sistematika pemilihan strategi, teknologi dan media dan bahan ajar.

a). Memilih Strategi Pembelajaran

Pemilihan strategi pembelajarn disesuaikan dengan standar dan tujuan pembelajaran. Selain itu juga memperhatikan gaya belajar dan motivasi siswa yang nantinya dapat mendukung pembelajaran. Strategi pembelajaran dapat mengandung ARCS model (Smaldino dari Keller,1987). ARCS model dapat membantu strategi mana yang dapat membangun  Attention  (perhatian) siswa, pembelajaran berhubungan yang Relevant dengan keutuhan dan tujuan, Convidentdesain pembelajaran dapat membantu pemaknaan pengetahuan oleh siswa dan Satisfaction dari usaha belajar siswa.

Strategi pembelajaran dapat terlebih dahulu menentukan metode yang tepat. Beberapa metode yang dianjurkan untuk digunakan ialah (Dewi Salma Prawiradilaga, 2007):

  1. Belajar Berbasis Masalah (problem-based learning)

Metode belajar berbasis masalah melatih ketajaman pola pikir metakognitif, yakni kemampuan stratregis dalam memecahkan masalah.

  1. Belajar Proyek (project-based learning)

Belajar proyek adalah metode yang melatih kemampuan pebelajar untuk melaksanakan suatu kegiatan di lapangan. Proyek yang dikembangkan dapat pekerjaan atau kegiatan sebenarnya atau berupa simulasi kegiatan.

  1. Belajar Kolaboratif

Metode belajar kolaboratif ditekankan agar pebelajar mampu berlatih menjadi pimpinan dan membina koordinasi antar teman sekelasnya.

b) Memilih Teknologi dan Media yang sesuai dengan Bahan Ajar

Kata Media berasal dari bahasa latin yang merupakan bentuk jamak dari kata medium yang secara harfiah dapat diartikan sebagai perantara atau pengantar. Menurut Lesle J.Brigges dalam Sanjaya (2008 : 204) menyatakan bahwa media adalah alat untuk perangsang bagi peserta didik dalam proses pembelajaran. Selanjutnya Rossi dan Breidle dalam Sanjaya (2008 : 204) mengemukakan bahwa media pembelajaran adalah seluruh alat dan bahan yang dapat dipakai untuk tujuan pendidikan, seperti radio, televisi, buku, koran, majalah dan sebagainya. Sedangkan menurut Gerlach, media bukan hanya berupa alat atau bahan saja, tetapi hal-hal lain yang memungkinkan siswa dapat memperoleh pengetahuan. Media itu meliputi orang, bahan, peralatan atau kegiatan yang menciptakan kondisi yang memungkinkan siswa memperoleh pengetahuan, keterampilan dan sikap.

Bentuk media adalah bentuk fisik dimana sebuah pesan digabungkan dan ditampilkan. Bentuk media meliputi, sebagai contoh, diagram (gambar diam dan teks) slide ( gambar diam lewat proyektor) video (gambar bergerak dalam TV), dan multimedia komputer (grafik, teks, dan barang bergerak dalam TV) Setiap media itu mempunyai kekuatan dan batasan dalam bentuk tipe dari pesan yang bisa direkam dan ditampilkan. Memilih sebuah bentuk media bisa menjadi sebuah tugas yang kompleks-merujuk kepada cakupan yang luas dari media yang tersedia, keanekaragaman siswa dan banyak tujuan yang akan dicapai.

Memilih format media dan sumber belajar yang disesuaikan dengan pokok bahasan atau topik. Peran media pembelajaran menurut Smaldino

  • Memilih , Mengubah, dan Merancang Materi
  1. Memilih Materi yang tersedia
  • Melibatkan Spesialis Teknologi/Media
  • Menyurvei Panduan Referensi Sumber dan Media
  1. Mengubah Materi yang ada
  2. Merancang Materi Baru

4.  UTILIZE TECHNOLOGY, MEDIA AND MATERIALS (Menggunakan Teknologi, Media dan Bahan Ajar)

Sebelum memanfaatkan media dan bahan yang ada, sebaiknya  mengikuti langkah-langkah seperti dibawah ini,yaitu:

a).   Mengecek bahan (masih layak pakai atau tidak)

b).   Mempersiapkan bahan

c).   Mempersiapkan lingkungan belajar

d).   Mempersiapkan pembelajar

e).   Menyediakan pengalaman belajar (terpusat pada pengajar atau pembelajar)

 

  • Preview materi

Pendidik harus melihat dulu materi sebelum mennyampaikannya dalam kelas dan selama proses pembelajaran pendidik harus menentukan materi yang tepat untuk audiens dan memperhatikan tujuannya.

  • Siapkan bahan

Pendidik harus mengumpulkan semua materi dan media yang dibutuhkan pendidik dan peserta didik. Pendidik harus menentukan urutan materi dan penggunaan media. Pendidik harus menggunakan media terlebih dahulu untuk memastikan keadaan media.

  • Siapkan lingkungan

Pendidik harus mengatur fasilitas yang digunakan peserta didik dengan tepat dari materi dan media sesuai dengan lingkungan sekitar.

  • Peserta didik

Memberitahukan peserta didik tentang tujuan pembelajaran. Pendidik menjelaskan bagaimana cara agar peserta didik dapat memperoleh informasi dan cara mengevaluasi materinya.

  • Memberikan pengalaman belajar

Mengajar dan belajar harus menjadi pengalaman. Sebagai guru kita dapat memberikan pengalaman belajar seperti : presentasi di depan kelas dengan projector, demonstrasi, latihan, atau tutorial materi.

5      REQUIRE LEARNER PARCIPATION (Mengembangkan Partisipasi Peserta Didik)

Tujuan utama dari pembelajaran adalah adanya partisipasi siswa terhadap materi  dan media yang kita tampilkan. Seorang guru pada era teknologi sekarang dituntut untuk  memiliki pengalaman dan praktik menerapkan, menganalisis, mensintesis, dan mengevaluasi ketimbang sekedar memahami dan member informasi kepada siswa. Ini sejalan dengan gagasan konstruktivis bahwa belajar merupakan proses mental aktif yang dibangun berdasarkan pengalaman yang autentik, diman para siswa akan menerima umpan balik informative untuk mencapai tujuan mereka dalam belajar.

  1. 1.    Latihan Prnggunaan Teknologi
  • Teknologi sebagai Perkakas Teknologi
  • Teknologi sebagai Perangkat Komunikasi
  • Teknologi sebagi Perangkat Penelitian
    • · Teknologi sebagai Perangkat Penyelesaian Masalah dan Pengambilan Keputusan
    • Menggunakan Peranti Lunak Pendidikan
    • Menggunakan Media lainnya untuk Latihan
  1. 2.    Umpan Balik
  2. 6.    EVALUATE AND REVISE(Mengevaluasi dan Merevisi)

Penilaian dan perbaikan adalah aspek yang sangat mendasar untuk mengembangkan kualitas pembelajaran. Penilaian dan perbaikan dapat berdasarkan dua tahapan yaitu:

  1. Penilaian Hasil Belajar Siswa,
  • Penilaian Hasil Belajar Siswa yang Otentik,
  • Penilaian Hasil Belajar Portofolio
  • Penilaian Hasil Belajar yang Tradisional / Elektronik.
  1. Menilai dan Memperbaiki Strategi, teknologi dan Media
  2. Revisi Strategi, Teknologi, dan Media.

Ada beberapa fungsi dari evaluasi antara lain :

  1. Evaluasi merupakan alat yang penting sebagai umpan balik bagi siswa.
  2. Evaluasi merupakan alat yang penting untuk mengetahui bagaimana ketercapaian siswa dalam menguasai tujuan yang telah ditentukan.
  3. Evaluasi dapat memberikan informasi untuk mengembangkan program kurikulum.
  4. Informasi dari hasil evaluasi dapat digunakan siswa secara individual dalam mengambil keputusan.
  5. Evaluasi berguna untuk para pengembang kurikulum khususnya dalam menentukan tujuan khusus yang ingin dicapai
  6. Evaluasi berfungsi sebagai umpan balik untuk orang tua,guru,pengembang kurikulum,pengambil kebijakan .                                                                  A.   MANFAAT ASSURE MODEL DALAM PEMBELAJARAN

Model ASSURE dicetuskan oleh Heinich, dkk. Sejak tahun 1980-an, dan terus dikembangkan oleh Smaldino, dkk. Hingga sekarang (Dewi Salma Prawiradilaga, 2007). Satu hal yang perlu dicermati dari model ASSURE ini, walaupun berorientasi pada Kegiatan Belajar Mengajar (KBM), model ini tidak menyebutkan strategi pembelajaran secara eksplisit. Strategi pembelajaran dikembangkan melalui pemilihan dan pemanfaatan metode, media, bahan ajar, serta peran serta peserta didik di kelas.

Model pembelajaran ASSURE sangat membantu dalam merancang program dengan menggunakan berbagai jenis media. Model ini menggunakan beberapa langkah, yaitu Analyze Learners, State Objectives, Select Methods, Media and Materials, Utilize Media and Materials, Require Learner Participation, dan Evaluate and Revise. Kesemua langkah itu berfokus untuk menekankan pengajaran kepada peserta didik dengan berbagai gaya belajar, dan konstruktivis belajar dimana peserta didik diwajibkan untuk berinteraksi dengan lingkungan mereka dan tidak secara pasif menerima informasi.

Secara sederhana manfaat dari model ASSURE Sederhana, relatif mudah untuk diterapkan.

  1. Karena sederhana, maka dapat dikembangkan sendiri oleh pengajar.
  2. Komponen KBM (Kegiatan Belajar Mengajar) lengkap.
  3. Peserta didik dapat dilibatkan dalam persiapan untuk KBM.

 

 

Bibliografi

Smaldino, Sharon. Lowter, Deborah. Russel, James D. 2011. Teknologi  Pembelajaran dan Media untuk Belajar. Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

 

Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media

Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran. (Model Assure)

Pengenalan:

Media pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat digunakan dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi yang canggih. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata bergantung kepada penggunaan multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji, Clark, R.E (1983), mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu sahaja.

            Huraian di atas membawa pengertian bahawa sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya. Tujuannya ialah supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membatu guru dalam proses penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajarnya.

Apakah maksud istilah-istilah berikut?

  • Perancangan
  • Pemilihan 
  • Penghasilan
  • Penilaian

Pemilihan Multimedia

Pemilihan media pengajaran mempunyai hubungan yang rapat daalam proses merancang sesuatu topik atau aktiviti pengajaran untuk menentukan keberkesanannya. Aspek ini diperjelaskan oleh Dick & Reiser (1985), yang telah mencadangkan satu model reka bentuk pengajaran.

Beberapa model lain yang menyentuh aspek pemilihan media pengajaran ajaran seperti Model ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1996), Model Anderson (1976), Branson, Ryner, Cox, Furman, King, dan Hannum (1979) telah menunjukkan persamaan faktor yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan media dalam proses pengajaran. Berikut merupakan penjelasan terhadap Model ASSURE.

Assure

Jadual 1: Model ASSURE (Heinich dan rakan-rakan, 1996) dalam menentukan ketepatan dan langkah persediaan dalam pemilihan media.

A – Analisis Pelajar (Analyze learners)

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namm, untuk mengenal pasti keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Justeru, garis panduan berikut dapat digunakan untuk menganalisis pelajar agar kita dapat memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran-pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:

  • Ciri-ciri umum pelajar.
  • Pengetahuan/pengalaman sedia ada.
  • Gaya belajar.
  1. Ciri-ciri umum:-

Termasuk peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum sesuatu media itu dipilih dan digunakan.

Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Misalnya, peringkat umur yang muda terutama pada tahap pertama sekolah rendah, bahan yang mengandungi gambar adalah lebih sesuai untuk digunakan dalam latihan mengenali objek. Gambar ini pula perlulah dalam bentuk gambar kaku. Ada kajian yang dibuat dalam model Briggs & Wager mengatakan gambar kaku dapat dipergiatkan pembelajaran bagi mereka yang kurang asas pembacaan.

  1. Pengetahuan/Pengalaman sedia ada:-

Pelajar juga perlu dianalisis dari segi tahap kemasukan (entry characteristic). Ini termasuklah tahap pengetahuan sedia ada, tahap kemahiran belajar dan sikap. Pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami sesuatu konsep dalam metematik atau geografi mungkin memerlukan pendekatan pembelajaran yang mempunyai stimulasi atau memerlukan animasi. Dalam hal ini penggunaan multimedia yang mempunyai pergerakan dan animasi adalah diperlukan. Manakala bahan relia atau lawatan ke tempat yang tertentu adalah lebih berkesan sekiranya pembelajaran itu memerlukan seseorang pelajar itu menggunakan keseluruhan deria seperti melihat tempat, atau memegang objek.

  1. Gaya pembelajaran pelajar:-

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ialah trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Antara gaya pembelajatan tersebut termasuk Model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi, merupakan faktor motivasi, dan tingkah laku pelajar. Perancangan penyampaian pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif.

S – Menyatakan Objektif (State Objectives)

Pernyataan objektif pretasi (performance objectives) dalam merancang sesuatu pengajaran adalah amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin digunakan. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif juga penting untuk menentukan corak dan jenis penilaian yang akan dibuat pada akhir pelajaran. Gagne (1985) bersetuju bahawa objektif perlu menerangkan bukan sahaja pretasi yang sebenar untuk diperhatikan tetapi pretasi yang dicadangkan. Objektif mesti spesifik. Contohnya, “murid dapat menyebut nama haiwan setelah mendengar bunyi suara haiwan berkenaan.”

Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi, seseorang guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi pengajaran dan membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar apabila tamat sesuatu pengajaran. Ia bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran pembelajaran. Obektif perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai hubungan rapat antara situasi ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan (Moldstad, 1979; Stubbs, 1991). Gagne, Briggs & Wager (1992) menglasifikasikan objektif kepada objektif kognitif (berkaitan dengan intelek), objektif afektif (berkaitan dengan perasaan dan sikap) , objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran fizikal) dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini memudahkan seseorang guru membuat penilaian sesudah pengajaran nanti.

Mengapakah guru perlu menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran? Pernyataan bojektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu, guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran. Penentuan objektif juga akan membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang meransangkan. Pernyataan objektif yang eksplisit juga dapat membantu guru membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa pernyataan objektif yang jelas. Akhir kata, pernyataan objektif berperanan sebagai kontrak perjanjian antara guru dengan pelajar. Bagi guru, ini yang akan saya ajar. Bagi pelajar ini yang mesti saya belajar.

Terdapat empat aspek dalam menulis pernyataan objektif.

  • Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
  • Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)?
  • Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?
  • Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)?
  1. Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?

Siapa yang terlibat untuk mencapa objektif pengajaran pembelajaran perlu dikenal pasti dan ditetapkan. Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran bukan pengajaran. Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental (berfikir/menaja idea) ataupun fizikal (latihan kemahiran). Contoh penulisan “siapa yang hendak capai” —“pada akhir pengajaran-pembelajaran, pelajar dapat…..”

  1. Bentuk tingkah laku baharu.

Jadual

“apakah yang hendak dicapai” merujuk kepada tingkah laku baharu yang hendak dibina atau dibentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Pemilihan istilah yang menunjukkan tingkah laku adalah penting. Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah menyatakan, menulis esei, menjawab soalan lisan, mewarnakan, memetik, merumus, dan menyelesaikan masalah.

  1. Situasi atau prasyarat perlakuan

Apakah syarat perlakuan? Bagaimanakah tingkah laku itu hendak dibuat? Dalam situasi yang bagaimanakah tingkah laku itu dibuat? Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkah laku baharu itu dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran-pembelajaran dan media yang sesuai. Contohnya, merumus dan memetik isi-isi penting setelah membaca petikan yang diberi.

  1. Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan

Apakah tahap pencapaian minimum atau standard pencapaian bagi menunjukkan bahawa sudah berlaku perubahan tingkah laku kepada diri pelajar? Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Pernyataan pengukuran tahap pencapaian ini membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum memcapai objektif pengajaran-pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan sebaliknya pengukuhan dan pengayaan bagi yang sudah menguasai pembelajaran. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Kriteria kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria kuantitatif boleh dalam bentuk peratusan, nilai angka atau skor mentah. Contohnya, sekurang-kurangnya tujuh daripada sepuluh dengan tepat dan betul.

Cuba analisis objektif pengajaran-pembelajaran berikut. Kenal pasti ciri-ciri penulisan objektif yang baik.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

  1. Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.
  2. Melabel nama-nama negeri yang diketuai sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurangnya 7 daripada 9 buah negeri dengan betul.
  3. Menyelesaikan teka silang kata mengenai kesultanan melayu dengan ketepatan minimun 80% dalam kumpulan berempat.

Contoh penulisan objektif

Contoh 1: Diberi faktor-faktor pertanian bagi bebarapa jenis penanaman, pelajar akan dapat membuat klasifikasi faktor-faktor pertanian tersebut secara menulis dengan betul mengikut jenisnya dalam kertas lembaran kerja dalam masa 10 minit tanpa merujuk.

Bagi topik pertanian dalam mata pelajaran geografi, misalnya guru boleh membentuk objektif seperti yang diberi contoh di atas. Dari segi pemilihan media ia hanyalah memerlukan lembaran kerja, tetapi penyampaian pengajarannya mungkin menggunakan pelbagai strategi sama ada secara lisan, menonton klip video, atau melihat paparan grafik atau teks di komputer. Di sini pembentukan objektif telah memberi panduan kepada guru jenis media yang akan digunakan untuk penyampaian pembelajaran serta bentuk penilaian.

Contoh 2:

Contoh 2 bertajuk planet-planet dalam sistem suria dalam topik bumi dan alam semesta bagi mata pelajaran Sains Tahun 6. Di sini diperlihatkan bahawa penetapan objektif dapat menentukan pemilihan media yang akan digunakan. Di sini bahan yang dipilih ialah bahan multimedia berasaskan komputer, manakala mod penyampaian termasuk penilaiannya adalah berbantukan komputer.

S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials)

Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut:

  • Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)
  • Bentuk objektif (the nature of the objectives)
  • Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)
  • Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)

Setiap bahan yang dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif. Ini bukan bermakna bahan tersebut tidak boleh digunakan sebagai media pengajaran. Ia boleh diubahsuai atau direka bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar, pendekatan yang akan digunakan termasuklah teknik penyampaian serta kekangan yang mungkin dihadapi sama ada dari aspek perkakasan dan perisiannya.

Dalam situasi ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa membuat pilihan agar pemilihan itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.

Persoalan

  • Adakah aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap pelajar?
  • Adakah bahan bacaannya sesuai untuk pelajar?
  • Adakah segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar?
  • Jika bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki cirri-ciri kemahiran tertentu?
  • Adakah maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentality pelajar?
  • Adakah aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut merangkumi tiga langkah berikut:

  1. Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
  2. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
  3. Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Penentuan Kaedah

Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya tidak ada sebarang kaedah yang mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah hendaklah diasaskan kepada cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta objektifpembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca yang mantap. Pelajar yang memilih gaya pembelajaran kinestetik lebih mudah dapat belajar melalui aktiviti konteksual, kajian lapangan, kaedah bermain, simulasi, lakonan dan seumpamanya.

Pemilihan Format Media

Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik, dan tayangan computer multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah menagabil kira beberapa criteria. Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/ kumpulan/ individu), keupayaan pelajar, domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

Pemilihan Bahan Sumber

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria pemilihan melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih bahan sumber sedia ada, mengubai suai bahan sumber sedia ada, dan mereka bentuk bahan sumber baharu.

Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:

  1. Adakah bahan ini menepati kurikulum?
  2. Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?
  3. Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?
  4. Adakah bahan ini menarik dan memotivasikan?
  5. Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
  6. Adakah bahan ini ada kualiti?
  7. Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
  8. Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
  9. Adakah ada panduan pengguna? Manual pelajar? Bank ujian?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati criteria dan objektif pengajaran-pembelajaran dapat menjimat masa dan biaya. Namun, jika bahan sumber sedia ada tidak sepenuhnya menepati criteria dan objektif pembelajaran, guru perlu mengubah suai bahan tersebut secara kreatif. Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian yang sesuai sahaja, memotong aspek-aspek atau bahagian-bahagian yang tidak relevan dan sebagainya. sekiranya tidak ada bahan sumber yang sesuai, guru boleh menyediakan bahn sumber sendiri. Ini pasti memerlukan masa, biaya dan kreativiti yang tinggi.

U- Mengguna media dan bahan(Utilize media dan materials)

Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pengajaran-pembelajaran dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan pelajar tutut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. Bagi memastika kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

  1. Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.

Guru hendaklah mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum menggunakkannya di dalam kelas. Ini akan dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran-pembelajaran, tidak mengandungi unsur-unsur sensitive, berada dalam keadaan baik dan sebagainya. dengan itu, guru dapat merancang penggunaannya semasa pengajaran-pembelajaran.

  1. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.

Setelah menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang langkah penggunaannya dalam pengajaran-pembelajaran. Dalam penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar. Guru juga hendaklah boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan bersedia dengan bahan tambahan atau pelan alternative penggunaannya.

  1. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.

Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga patut memastikan alatan dan media dalam keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih juga hendaklah dipastikan. Contohnya, susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk perbincangan kumpulan.

Persoalan berikut membantu para guru mengenal pasti infrastruktur baik dari segi kedudukan kelas, perkakasan dan perisian dan jenis aktiviti yang hendak dijalankan supaya sesuai dengan bjektif pembelajaran.

Persoalan

  • Adakah media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian tertentu?
  • Bagaimanakah kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan media yang hendak disampaikan?
  • Di manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah dilihat oleh pelajar serta mudah digunakan oleh anda sendiri?
  • Bagaimanakah anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan media tersebut?
  • Adakah pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya bahan tersebut perlu ditayang?
  • Adakah aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel penyambung elektrik dapat digunakan sekiranya media tersebut memerlukan perkakasan yang dijalankan dengan kuasa elektrik?
  • Di manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?
  1. 4 Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
  • Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan pengalaman yang meransangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut Ausubel, pelajar boleh disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya, wajar bagi guru memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran serta kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat dimotivasikan untuk belajar. Pelajar juga patut tahu tentang aspek yang diberi fokus untuk penilaian pembelajaran.
  1. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
  • Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah Berjaya memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian agar dia dapat menjadi pengajar yang baik. Semasa penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan slaid, projector overhed, gambar foto dan sebagainya untuk menarik tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaiannya. Dalam perkembangan pembelajaran, fokus pembelajaran hendaklah diberi keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru berperanan sebagai pengurus dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik yang sesuai ialah simulasi, lakonan, perbincangan, kajian lapangan, bengkel dan pembentangan dan sebagainya. apabila pelajar terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.

R- Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan.

Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lataran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Jika aktiviti-aktiviti berkenaan menyediakan maklum balas secara langsung juga melalui guru, keterlibatan dan minat pelajar dalam aktiviti akan berterusan.

Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto, slaid, gambar bersiri, video contohnya dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaiaan masalah.

Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau secara kumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan.

Respons mungkin bermula daripada yang mudah seperti membaca apa yang terpapar atau membuat huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang cangih seperti soalan yang berbentuk interaktif atau bahan yang bercirikan hypermedia pada bahan multimedia yang dipaparkan melalui computer.

Persoalan berikut harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam penyampaian.

Persoalan

  • Adakah penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan?
  • Apakah bentuk respons yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan sebagainya?
  • Adakah pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi computer atau member maklum balas?
  • Adakah pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk member respons?
  • Apakah bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila member respons dan apakah cara mengatasinya?
  • Apakah bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat oleh pelajar?
  • Apakah aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?

E- Menilai dan menyemak semula (Evaluate and revise)

Komponen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula perancangan. Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternative lain. Penilaian ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran.

Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian. Penilaian informal dbuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya member maklum balas tentang pencapaiaan objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan bahan sumber.

Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran-pembelajaran melalui amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangan dan pelaksaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangannya berjaya. Melalui proses refleksi, guru perlu melihat semula perancangan, pengajaranm tindak balas pelajar terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya. Soalan-soalan berikut perlu ditanya:

  1. Apakah perasaan saya? Seronok? Puas hati?
  2. Adakah objektif tercapai? Objektif yang bermasalah?
  3. Apakah kekuatan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? Kaedah? Aktiviti pembelajaran? Latihan?
  4. Apakah kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?
  5. Apakah punca kekuatan atau kelemahan tersebut?
  6. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi kelemahan dan/ atau menjadikan perancangan lebih baik?
  7. Apakah bentuk tindakan susulan seterusnya?

Penilaian adalah satu proses yang berterusan serta bersepadu. Berterusan bermaksud ia dinilaikan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua peringkat. Manakala bersepadu bermaksud ia bukan sahaja dinilaikan pada aspek teknikal tetapi dinilaikan pada aspek strategi penyusunan pengajaran oleh guru termasuk penetapan objektif, pelbagai bentuk respons pelajar sama ada melalui diskusi, latihan, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz, kemahiran yang ditunjukkan atau apa saja bentuk ujian formatif hasil daripada penggunaan media yang dipilih dalam sistem penyampaian sesuatu topik pembelajaran.

Berdasarkan penilaian yang dibuat maka guru akan dapat membuat penyesuaian sekirannya perlu pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap digunakan pada masa yang lain. Penilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai. Guru dapat menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas pelajar untuk merancang pengajaran yang lebih efektif. Guru juga boleh menyediakan senarai semak tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajarannya. Dengan itu, guru dapat mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.

Rumusan:

Models ASSURE yang mengandungi lima komponen tadi dapat membantu guru membuat satu persediaan dalam pemilihan dan penggunaan media. Model ini adalah asas bagi pemilihan semua jenis media pengajaran.

A Analyze Learners ·         Ciri-ciri umum

·         Kebolehan awal

·         Gaya pembelajaran

S State Objectives ·         Matlamat pembelajaran

·         Syarat Pencapaian

·         Tahap pencapaian minimum

S Select Media, Methods and Materials ·         Pemilihan sumber sedia ada

·         Modifikasi sumber sedia ada

·         Membina sumber baru

U Utilise ·         Membuat preview

·         Menyediakan persekitaran

·         Menyediakan peluang pembelajaran

R Require Learner Participation ·         Aktiviti di dalam kelas dan selepas P & P dijalankan supaya pelajar dapat memproses pengetahuan tersebut.
E Evaluate and Revise ·         Sebelum, semasa & selepas instruksi

·         Penilaian ke atas pelajar & medium

Pada akhir pelajaran, dipaparkan planet-planet di skrin komputer, murid-murid secara kumpulan boleh mengenal pasti planet-planet tersebut dengan cara menyesuaikan nama-nama planet mengikut urutan dalam masa 10 minit tanpa merujuk.