Model ADDIE

MODEL ADDIE

Pengenalan

Sememangnya semua manusia sentiasa berada dalam proses pembelajaran, hatta bermula daripada janin yang berada di dalam kandungan ibunya. Seseorang individu belajar untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Menurut Sulaiman (2004), pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh seseorang melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan. Ia seterusnya membawa perubahan kognitif dan tingkah laku secara kekal.

Sehubungan dengan itu, pembelajaran boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam kehidupan seseorang individu. Namun begitu, bagaimana seseorang individu itu belajar? Sifat semula jadi manusia yang sentiasa ingin tahu menggalakkan mereka mencari jawapan berkenaan dengan hal ini. Juga, terdapat individu yang berusaha untuk membuat kajian tentang sifat-sifat proses pembelajaran. Atas usaha individu-individu tersebut, terdapat kajian yang telah berjaya menghasilkan teori pembelajaran yang masih digunapakai di dalam bilik darjah sehingga ke hari ini.

Reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan sescara sistematik dan terancang  Dick dan Reiser (1988). Reka bentuk pengajaran boleh dikaitkan dengan pembinaan pengajaran. Konsep reka bentuk pengajaran ialah sebagai satu proses untuk membina bahan pengajaran dan bahan multimedia.

fOTO ADDIE

 

Enam perkara asas dalam model Reka Bentuk Pengajaran:
1.    Menentukan keperluan murid
2.    Menentukan matlamat dan objektif
3.    Membina prosedur penilaian
4.    Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
5.    Mencuba sistem pengajaran
6.    Menilai keseluruhan sistem

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti meningkatkan pencapaian pelajar, menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur, memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai, membantu dalam proses membuat keputusan, menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai, dan akhirnya menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

Model Rekabentuk Pengajaran 

Model rekabentuk pengajaran merupakan garis panduan ataupun satu set strategi yang menjadi dasar pendekatan pengajaran untuk seseorang pengajar. Ia membekalkan struktur secara langkah demi langkah “how to practice” dan “how to conduct“.

Terdapat pelbagai model pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah. Umumnya model-model ini boleh dikategorikan dalam tiga kumpulan berikut:
·         Model berorientasikan bilik darjah – Model ASSURE
·         Model berorientasikan produk – Model ADDIE
·         Model berorientasikan sistem – Model Dick & Carey
Di antara kelebihan penggunaan model pengajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah:
• dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai.
• menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.
• membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajan.  

MODEL ADDIE

 
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan model rekabentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan.

Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk pengajaran yang lain. Model ADDIE merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan.

Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:

  • A(Analysis)             – Analisis
  • D(Design)               – Rekabentuk
  • D(Development)      – Pembangunan
  • I(Implementation)    – Pelaksanaan
  • E(Evaluation)           – Penilaian

Fasa Analisis (Analysis)
Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau yang menimbul masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antaranya:

i.  analisis terhadap pengguna,
ii.  analisis  terhadap persekitaraan pembelajaran,
iii. kenalpasti matlamat pengajaran.

Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :
a)    Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
b)    Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?
c)    Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
d)    Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
e)    Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran. Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk.

Fasa Rekabentuk (Design)
Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses:

i.   Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.
ii.  Pembinaan item-item untuk ujian.
iii. Pemilihan strategi pengajaran.

Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran.

Fasa Pembangunan (Development)
Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.

Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan, langkah pengajaran serta  media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan. Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

Fasa Perlaksanaan (Implementation)
Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

Fasa Penilaian (Evaluation)
Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya.

Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif biasanya  berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *