Teknologi Pengajaran

 

Teknologi Pengajaran

Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi
pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi
pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini juga
membincangkan hubungkait konsep-konsep di atas.

HASIL PEMBELAJARAN

  1. Menjelaskan konsep dan prinsip teknologi pengajaran.
  2. Mengaitkan peranan teori pembelajaran dalam teknologi pengajaran.
  3. Mengenal pasti domain teknologi pengajaran.
  4. Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pengajaran.

Subtajuk :

  • Teknologi pengajaran
  • Peranan Teori Pembelajaran
  • Domain Teknologi Pengajaran
  • Peranan dan kepentingan Teknologi Pengajaran dalam P&P

TEKNOLOGI PENGAJARAN


RENUNGAN

  1. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?.
  2. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.

Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) “Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.”

Naim Hj. Ahmad (1990) mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran manusia.

Yusuf Hashim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) berpendapat bahawa teknologi pendidikan ialah satu bidang yang terlibat dalam kemudahan menyediakan pembelajaran untuk manusia menerusi pengenalpastian, penyusunan, penggunaan dan pengurusan sumber yang sedia wujud, pengurusan proses dan manusia yang terlibat melakukannya.

“Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan” (Crowell (1971):Encyclopedia of education)

“Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran” (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.


FIKIR-FIKIR

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Pengajaran ?
  2. Apakah kepentingan teknologi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
  3. Apakah pengajaran?
  4. Apakah pembelajaran?

PERANAN TEORI PEMBELAJARAN

RENUNGAN

  1. Apakah teori pembelajaran?
  2. Bagaimanakah pemindahan pembelajaran berlaku?

Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Ini dapat membantu guru merancang, menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantu media yang berlandaskan teori pembelajaran yang sesuai.

Mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia terdapat tiga (3) teori pembelajaran yang seringkali menjadi rujukan dalam proses P&P iaitu teori tingkahlaku, teori sains kognitif, dan teori konstruktivisme.

FIKIR-FIKIR
Bagaimanakah teori pembelajaran dapat menentukan aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi pengajaran?

DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN

RENUNGAN

  1. Apakah domain teknologi pengajaran?
  2. Apakah peranan domain teknologi pengajaran?

Domain Teknologi Pengajaran (1994) adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan yang menyumbang kepada badan pengetahuan. Amalan pula bermaksud pengunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.

Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi pengajaran ialah satu proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memudahkan, istilah teknologi pengajaran akan digunakan seerti dengan teknologi pendidikan.

Teknologi pengajaran ialah satu komponen teknologi pendidikan yang merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara perkakasan, perisian , seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran yang berkesan dan bermakna. Secara jelas nya teknologi pengajaran menekankan kepada keperluan dan proses pembelajaran yang berkesan.

FIKIR-FIKIR

Berdasarkan analisis teknologi pengajaran, AECT, senaraikan lima domain teknologi pengajaran. Huraikan maksud dan seterusnya terangkan fungsi bagi setiap domain teknologi pengajaran tersebut.

PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM P&P

RENUNGAN

  1. Apakah peranan teknologi pengajaran terhadap pembelajaran?
  2. Bagaimana teknologi pengajaran memberi kesan terhadap pembelajaran?

Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Guru harus memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju.

Antara peranan teknologi pengajaran ialah:
(a) Mengubah Peringkat Membuat Keputusan
(b) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran
(c) Mengubah Pengalaman Pembelajaran

FIKIR-FIKIR

  1. Senaraikan peranan lain teknologi pengajaran mengikut pengetahuan anda.
  2. Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini?
  3. Adakah pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan? Bincangkan.

Ingat:

Simpan segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam portfolio anda.

LATIHAN

Nyatakan secara ringkas definisi konsep-konsep berikut:

a. Teknologi
b. Pengajaran
c. Pembelajaran
d. Teknologi Pengajaran

Bibliografi

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahmad Zain, (2009) Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Kuala Lumpur.

Pautan Lain

  1. Definisi Teknologi Pengajaran
  2. Domain Educational Technology
  3. Domain Teknologi Pengajaran
  4. Konsep dan domain Teknologi Pengajaran 
  5. Teknologi Pengajaran
  6. The Definition of  Educational Technology

 

Model Reka bentuk Pengajaran

Rekabentuk Pengajaran

Tajuk ini mengandungi huraian konsep reka bentuk pengajaran. Model
ASSURE sesuai sebagai panduan untuk mereka bentuk proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan media. Sebagai bandingan model ADDIE pula digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk.

HASIL PEMBELAJARAN

  1. Menghuraikan konsep reka bentuk pengajaran;
  2. Menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran; dan
  3. Menganalisis model ASSURE atau model ADDIE
  4. Mengaplikasikan model ASSURE atau model ADDIE dalam pengajaran.

Subtajuk :

  • Reka bentuk Pengajaran (RP)
  • Peranan dan kepentingan reka bentuk pengajaran
  • Model-model reka bentuk pengajaran (ASSURE atau ADDIE)

REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)

RENUNGAN

  1. Kenapa guru perlu merancang pengajaran?
  2. Bagaimana untuk merancang pengajaran?

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik,seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi perkara asas berikut:

a) menentukan keperluan pelajar;

(b) menentukan matlamat dan objektif;
(c) membina prosedur penilaian;
(d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;
(e) mencuba sistem pengajaran; dan
(f) menilai keseluruhan sistem.

PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN
RENUNGAN

  1. Apakah tujuan reka bentuk pengajaran?
  2. Bagaimana reka bentuk pengajaran membantu proses P&P?

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

FIKIR-FIKIR

  1. Apakah peranan dan kepentingan rekabentuk pengajaran dalam merancang sesuatu proses P&P?

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

RENUNGAN

  1. Apakah elemen-elemen yang biasanya ada dalam sesuatu model reka bentuk pengajaran?

Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.

Berikut adalah perbandingan langkah-langkah dalam kedua-dua model tersebut.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:

A–Analyse learner (Analisis pelajar)
S–State objective (Nyatakan objektif)
S–Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U–Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
R–Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)
E–Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Analyse Laerner (Analisis Pelajar)
Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan terlebih dahulu.Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti berikut:

  • Siapa kumpulan sasar?
  • Apakah ciri-ciri mereka?
  • Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?
  • Berapa tempuh perlaksanaannya?

State Objective (Nyatakan objektif)
Pada peringkat ini kita seharusnya menyatakan apakah objektid pembelajaran terhadap kumpulan sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan cicapai.

Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya.

Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan.

Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)
Pada fasa ini, pengelibatan pelajar adalah penting. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan memberi idea, pelajar membuat simulasi dan juga membuat beberapa aktiviti seperti membuat kajian kes.

Evaluate and revise (Nilai dan semak)
Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Jueteru itu adala penting untuk guru untuk mencuba perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan perancangan tersebut.

Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat oembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh Datayang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu moedl ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

Model ADDIE mengandungi 5 langkah
iaitu:

A – Analyse (Analisis)
D – Design (Reka bentuk)
D – Develop (Bina)
I – Implement (Laksana)
E – Evaluate (Nilai)

FIKIR-FIKIR

Anda adalah seorang guru satu matapelajaran di sebuahsekolah. Sebagai seorang guru anda memilih MODEL ASSUREuntuk merancang dan menghasilkan pengajaran yang berkesan.

  1. Mengapakah anda memilih MODEL ASSURE berbanding Model ADDIE sebagao relabentuk pengajaran anda?
  2. Terangkan bagaimana Model ASSURE ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda?

Ingat:

  1. Segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam MODEL ADDIE sebagai reka bentuk pengajaran anda?
  2. Terangkan bagaimana MODEL ASSURE ini diaplikasikan dalam proses P & P anda?

Simpan portfolio anda.