Tutorial Minggu 3

Soalan

  1. Apakah yang anda faham tentang media visual?
  2. Apakah peranan Visual dalam pengajaran dan pembelajaran?
  3. Nyatakan jenis-jenis  media visual yang anda boleh gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

ISL

Membuat pencarian maklumat melalui Internet dan perpustakaan berhubung jenis-jenis media visual dan peranannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

Pendapat Pelajar

Soalan 1

Pada pendapat saya, visual adalah melibatkan anggota tubuh badan kita iaitu mata untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Visual ialah satu media yang digunakan untuk kita melihat, memerhati dan menggambarkan apa yang kita pelajari. Ia merupakan satu media ataupun elemen yang signifikan dan berguna kepada setiap pelajar. Melalui melihat suatu yang visual di hadapan mata akan lebih difahami oleh pelajar akan apa yang dipelajarinya. Melalui melihat atau memerhati, pelajar akan lebih cepat faham dan jelas dengan penerangan tentang sesuatu topik yang diajar oleh guru.

Atigah

Siti Nuratiqah Binti Mohammad Nor
PISMP-JUN15-PA

Visual dari segi bahasanya membawa maksud apa-apa yang berkenaan dengan melihat, penglihatan atau apa-apa perkara yang menggunakan penglihatan. Bukan itu sahaja, visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Bukan itu sahaja, visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual juga membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman (2000), menyatakan bahawa berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan telah membuktikan bahawa penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.

Justeru itu, pada pendapat saya, visual adalah alat, sumber atau bahan bantu mengajar yang melibatkan atau mengetengahkan deria penglihatan sebagai deria yang utama. Bukan itu sahaja, pada pendapat saya, dengan adanya visual proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih efektif dan berkesan.

nurhafizah

Nur Hafizah Binti Zainol Hamizi
PISMP-JUN15-PA

 

 

Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain.
Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan.
Raifudin

Rafiuddin bin Mohd Shaihuddin
PISMP-JUN15-PA

 

Soalan 2

Pelbagai peranan visual dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah visual membolehkan proses pdp dilaksanakan dengan lebih berkesan dan efektif.

Muhammad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan yang paling besar iaitu sebanyak 83% berbanding rasa, bau, sentuhan dan pendengaran. Hal ini menunjukkan, peranan visual merupakan penyumbang terbesar dalam pemerolehan sesuatu pengetahuan. Oleh sebab itu, seseorang guru perlulah menggunakan teknik visual dalam pdp untuk memudahkan murid-murid lebih memahami sesuatu pembelajaran. Tambahan pula, murid-murid ini cenderung memahami sesuatu perkara yang dapat mereka lihat secara langsung.

Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Jenkins, Stake dan Deno (1969) telah mengajar 116 buah sekolah rendah untuk mengenal items(gambar atau perkataan) yang ditayangkan di skrin. Kedua-dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dalam bentuk format slaid. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar adalah lebih berjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada perkataan.

Kesimpulannya, hal ini telah membuktikan bahawa visual merupakan suatu kaedah yang berkesan jika digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana kebanyakan murid lebih mudah memahami sesuatu perkara dengan menggunakan kaedah visual berbanding kaedah yang lain. Visual sangat membantu murid-murid dalam proses memahami pembelajaran dengan berkesn dan efektif smile

arifah

Arifah Nabihah binti Zulkafli
PISMP-JUN15-PA

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, visual memainkan peranan yang penting dan visual adalah sesuai digunakan untuk situasi-situai tertentu.

Persembahan visual biasanya digunakan untuk topik berkenaan objek konkrit dan objektifnya untuk mengenalpasti, membezakan, mengklasifikasikan konsep atau melakukan sesuatu kerja.

Dengan penggunaan visual, topik-topik dapat disampaikan kepada murid dengan lebih mudah. Murid akan dapat memahami topik-topik yang ingin disampaikan oleh guru dengan mudah kerana visual membantu murid-murid untuk diberi gambaran tentang sesuatu perkara.

Selain itu, persembahan visual juga sesuai digunakan untuk keadaan mod pembelajaran pelajar lebih kepada penglihatan. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam menentukan bahan media pengajaran yang sesuai digunakan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana, media pengajaran memberi pengaruh besar dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

Persembahan visual juga digunakan untuk pembelajaran berkaitan simbol, peraturan, konsep yang didefinasikan melalui analisis, lakaran, peta, gambar 3D dan sebagainya diperlukan. Penggunaan visual adalah khusus untuk menerangkan perkara yang susah untuk diterangkan dengan penulisan.

Akhir sekali, visual sangat memainkan peranan yang penting untuk memastikan kelancaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

khairi

Muhammad Khairi bin Khairul Anuar
PISMP-JUN15-PA

Menurut Muhamad Hasan A. Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan dan bau. Hal ini telah terbukti bahawa visual akan memberi maklumat kepada pelajar dengan berkesan dan efektif.

Media pengajaran visual bukan sahaja membantu menyampaikan maklumat secara efektif kepada murid malah melalui kaedah visual ini juga murid-murid akan menjadi lebih tertarik dan fokus dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yg dijalankan oleh guru. Mainan ilustrasi yang menarik dengan warna yang bertepatan dengan sesuatu topik akan membantu meningkatkan perasaan inkuiri pelajar. Ini bukan sahaja dapat membantu murid menjadi lebih fokus malah ia mampu mencetuskan suasana yang positif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu, peranan visual ini juga amat besar dalam memberi kefahaman secara langsung kepada pelajar. Media ini sangat membantu dalam memberikan gambaran yang jelas kepada murid yang mempunyai daya imaginasi yang rendah. Sebagai contoh, guru memaparkan gambar atau video tentang cara-cara untuk mengambil wudhuk. Dengan cara ini murid lebih mudah untuk memahami maksud perbendaharaan atau kosa kata yang sukar untuk mereka fahami seperti ayat “menyelati air di celah-celah jari tangan” yang terdapat dalam rukun wudhu.

amiza

Amiza Nurmysha Binti Sapin
PISMP-JUN15-PA

Soalan 3

Visual terbahagi kepada dua bahagian, iaitu visual tayangan dan visual bukan tayangan. OHP, projector slaid, kamera video, video serta televisyen merupakan contoh bagi visual bayangan. Manakala carta, poster, papan tulis dan model pula merupakan contoh bagi visual bukan tayangan.

Sebagai seorang guru Pendidikan Islam, saya merasakan bahasa kedua-dua visual ini boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan juga pembelajaran. Hal ini kerana, setiap contoh visual ini boleh digunakan mnegikut kesusaian tajuk. Sebagai contoh, carta boleh digunakan untuk mengajar tajuk berkaitan wuduk. Carta boleh digunakan untuk menunjukkan urutan atau langkah-langkah untuk mengambil wuduk. Dengan cara ini, pelajar lebih mudah ingat dan faham.

Selain itu, visual tayangan pula boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu istilah di dalam sesuatu topik. Video juga boleh digunakan untuk mengajar pelajar mengenai sirah perjuangan Rasulullah. Dengan menunjukkan video, pelajar lebih mudah menghayati dan mereka juga dapat merasakan apa yang pernah dirasakan oleh umat Islam yang terdahulu.

Konklusinya, kedua-dua jenis visual ini boleh digunakan sekiranya digunakan pada tajuk yang betul. Oleh itu, guru hendaklah kreatif dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran.

syahira

Syahirah Binti Mahat
PISMP-JUN15-PA

 

Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukan tayangan. Visual tayangan adalah seperti transperensi dan OHP, projektor slaid, kamera video serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan adalah seperti carta, poster, papan tulis dan model.

Apabila kita membicarakan berkenaan mata pelajaran Pendidikan Islam, pada pendapat saya jenis visual yang boleh digunakan semasa mengajar di dalam bilik darjah ialah visual bukan tayangan. Penggunaan bahan seperti carta dapat membantu pengajaran seperti tajuk pengajaran berwuduk, rukun-rukun solat, langkah-langkah bertayammum dan sebagainya yang berbentuk isi pelajaran langkah demi langkah.

Carta yang dianggap efektif adalah carta yang berjaya menggabungkan pelbagai jenis visual seperti gambar, lukisan, kartun, graf, gambar rajah dan bentuk – bentuk garisan. Ada pelbagai jenis carta, diantaranya ialah carta aliran, carta pohon, carta jadual, carta masa dan lain – lain. Dalam membuat pemilihan jenis – jenis carta, guru haruslah memilih yang sesuai untuk tujuan pengajaran. Carta – carta yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah carta pohon, carta aliran, carta jadual dan carta pengalaman.

Oleh yang demikian,saya melihat carta aliran dapat saya peraktikkan dalam sesi pdp. Pelajar lebih ingat dan jelas akan isi pengajaran mengikut turutan. Namun saya tak menolak jenis pengajaran visual lain yang boleh dipelbagaikan daalam sesi pdp.

aizat

Muhammad ‘Aizat Bin Zakaria
PISMP-JUN15-PA

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *